Thursday, December 11, 2008

Bahasa Tutong (Bahagian Kedua)

Berjumpa lagi dalam edisi bahasa Tutong,bila kita mendengar petuturan bahasa Tutong terdapat sebahagian persamaan dalam sebutan dengan puak-puak Brunei yang lain seperti Puak Brunei, Dusun dan sebagainya... Dalam edisi ini beberapa perkataan puak tutung akan di masukkan sebagai tatapan dan rujukan abiskita semua.

1. Jayi : aku
2. Jiu : Kau
3. Jimu : Kamu
4. Jami : Kami
5. Telimpang : Melimpang
6. Gagka : Bangun, setengah tempat menyebutnya Gangka
7. Temuod : Berdiri atau kadang-kadang selalu digunakan bangun dan berdiri dari katil selepas tidur atau melimpang.
8. Temuad : Naik
9. Perabang : Berlari (sebutan (R) berbunyi seperti menyebut ghain dalam tulisan jawi, seperti di sebut dalam perkataan : Peghabang)
10.Ngarabat : Membubut (sebutan (R) berbunyi seperti menyebut ghain dalam tulisan jawi, seperti di sebut dalam perkataan : Ngaghabat)
11. Ngarampas : Merampas (sebutan (R) berbunyi seperti menyebut ghain dalam tulisan jawi, seperti di sebut dalam perkataan : Ngaghampas)
12. Lerom : Randam (sebutan (R) berbunyi seperti menyebut ghain dalam tulisan jawi, seperti di sebut dalam perkataan : Leghom)
13. Bubpur : Nasi (sebutan (R) berbunyi seperti menyebut ghain dalam tulisan jawi, seperti di sebut dalam perkataan : Bubpugh, sesetengah tempat menyebutnya Bumpugh)
14. Lawu : Panas
15. Ngasak : Memasak

Dalam perkataan di atas itu tadi kaedah pengejaannya mungkin berbeza dengan ejaan mengunakan kaedah linguistik, kerana penulis kurang arif dalam ilmu linguistik ini, apa yang ingin di sampaikan dengan mengunakan perkataan dan sebutan yang biasanya difahami oleh semua, jika terdapat masalah dalam pengunaan kaedah linguistiknya adalah amat dikesali.

* Pengunaan GH (ghain) menggantikan R dalam sebutan bukan bermaksud sebutannya terlalu tebal, akan tetapi dalam tuturan orang-orang Tutong, sebutan tersebut didengar amat lembut sepertinya ada keseimbangan dalam penyebutan R dan GH...

3 comments:

keenah the 08 said...

tcher, ada bhasa tutong 3 lagi kah? hehe.

Unknown said...

Mandi ku dulu karang ku melayan dalam bahasa tutong

Unknown said...

Ada pdf?